Pengajaran Imbuhan Bahasa Melayu kepada Pelajar Asing:
Pengalaman FPB, Universiti Kebangsaan Malaysia

Kalthum Ibrahim
Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur

Abstrak

Pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing telah menjadi kursus yang diwajibkan kepada pelajar asing yang mengambil program sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Kursus ini, membolehkan pelajar asing mengenali bahasa Melayu dan menggunakan bahasa itu dalam kehidupan seharian mereka di dalam dan di luar kampus. Walau bagaimanapun mereka tidak menulis tesis sarjana mereka dalam bahasa Melayu kerana mereka dibenarkan menulis tesis itu dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, mereka mengambil kursus ini untuk syarat lulus sarjana mereka sahaja. Pengajaran bahasa Melayu kepada pelajar asing ini memerlukan satu metodologi pengajaran yang berkesan untuk membantu pelajar ini mahir menggunakan bahasa Melayu dengan cepat. Satu aspek yang dirasakan sukar untuk mengajar pelajar asing ini ialah aspek imbuhan. Oleh yang demikian, pembentang kertas kerja ini ingin berkongsi pengalaman cara pengajaran yang digunakan kepada pelajar asing dalam aspek imbuhan ini. Namun usaha-usaha yang jitu perlu untuk memperbaiki metodologi ini kerana pembentang merasakan masih terdapat kekurangan yang perlu dipenuhi agar pengajaran bahasa Melayu boleh dipermudahkan dan disukai oleh pelajar. Melalui BIPA pembentang kertas kerja berharap bahasa dan budaya Melayu dapat kita pertingkatkan menjadi bahasa antarabangsa dalam era informasi.
 
 

Biodata

Kalthum Ibrahim ialah pensyarah bahasa Melayu di Jabatan Bahasa Melayu dan Terjemahan, Fakulti Pengajian Bahasa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengajar kemahiran bahasa Melayu, dan kursus Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing. Antara pengalaman pengajaran ialah mengajar bahasa Melayu untuk diplomat asing seperti dari Singapura, Australia dan New Zealand. Selain itu beliau juga menjalankan kajian tentang Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing: Satu Tinjauan Awal, di samping meminati bidang ICT dalam pengajaran bahasa Melayu.


Return to Abstracts


Conference Program Abstracts Call for Presentations Conference Rationale
Conference Registration Hotel Accommodation Homepage

 
Jadwal Conperensi Abstrak Penyajian Makalah Keterangan Konperensi
Pendaftaran Konperensi Akomodasi / Hotel Homepage

For more information, please contact:

Kipbipa Secretariat
IALF Bali
Jalan Kapten Agung 17
Denpasar
Bali 80232
Indonesia

tel  +62 361 225243 / 221782 / 221783
fax  +62 361 263509
kipbipa@ialfbali.co.id

www.ialf.edu/kipbipa/